1) PERSATUAN-PERSATUAN ETNIK :
Di Malaysia mempunyai masyarakat yang berbilang kaum dan telah melahirkan banyak persatuan politik ,sosial dan ekonomi mengikut agama dan bangsa mereka. Persatuan ini memperjuangkan kaum masing-masing tanpa menghiraukan kaum yang lain. Nik Anuar Nik Mahmud (2007) ada berkata bahawa Rusuhan kaum pada 13 Mei 1969 adalah peristiwa tragis terburuk yang pernah dialami oleh negara Malaysia. Hal ini menyebabkan negara hampir musnah tetapi perkara ini dapat ditangani kerana kebijaksanaan pemimpin untuk menyatupadukan masyarakat . Hal ini juga dapat ditangani kerana masyarakat masih mempunyai semangat setia kawan yang menyebabkan negara kembali pulih seperti sediakala. Peribahasa ada mengatakan bahawa "bersatu kita teguh,bercerai kita roboh". Oleh itu,kita hendaklah bersatupadu dan jangan mementingkan diri sendiri demi keamanan negara yang berbilang kaum ini.
#DIYANAH1034

Tiada ulasan:
Catat Ulasan