Pada 10 mei 1996 malaysia telah mengadakan pilihan raya umum yang ke tiga sejak kemerdekaan malaysia.Dalam pilihan raya umum ini,parti perikatan yang dianggotai oleh UMNO,MAC dan MIC telah hilang majoritinya buat pertama kali dalam dewan rakyat untuk membentuk kerajaan.Jumlah undi yang diperoleh oleh Parti Perikatan juga jatuh daripada 58.5% pada tahun 1962 ke 49.3% dalam pilihan raya ini,iaitu satu perurunan sebanyak 15.7%.Namum bagi parti pembangkang ia merupakan kemenangan yang besar iaitu 50.7% daripada jumlah undi serta 49 kerusi dalam dewan rakyat.
Pada kedua-dua malam tersebut pembangkang meraikan kemenangan mereka.Satu perarakan besar-besaran diadakan sehingga 12 Mei.Pada 12 Mei dimana kaum cina dari parti yang menang mendapat permit polis bagi berarak untuk melalui jalan yang ditetapkan di kuala Lumpur. Bagaimanapun perarakan melencong dari laluan yang ditetapkan dan melalui kawasan kampung baru dimana penduduk melayu sedang menyorok disitu.Dari situ mulanya rusuhan dimana dua buah lori orang cina dibakar dan orang melayu membawa senjata.
13 Mei
Rusuhan ini masih berterusan dimana kaum cina yang menang telah berarak dengan mengikat penyapu kepada kenderaan mereka sebagai lambang kemenangan mereka menyapu bersih kerusi sambil melaungkan slogan. Ada pula pendapat yang mengatakan penyapu tersebut sebagai lambang mereka akan menyapu ('menyingkir') orang-orang Melayu dari Kuala Lumpur. Dalam masyarakat Melayu, penyapu mempunyai konotasi yang negatif (sial). Ada yang mencaci dan meludah dari atas lori ke arah orang Melayu di tepi-tepi jalan.Yeoh tech chye selaku Presiden Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia yang bertanding untuk Gerakan memohon maaf di atas ketelanjuran ahli-ahlinya melakukan kebiadapan semasa perarakan. UMNO mengadakan serangan balas dengan bergerak dari kampung baru dan menyerang orang Cina dengan bersenjatakan parang dan keris. Mereka membakar rumah-rumah kedai di sekitar kawasan Kuala Lumpur dan juga kereta. Orang Cina yang terserempak dibunuh. Menurut laporan majalah Time, sekurang-kurangnya 8 orang Cina terbunuh dalam rusuhan pertama yang berlaku.Tentera dan askar melayu dikerahkan untuk berjaga kesematan.
14 Mei
Keadaan masih sama tetepi secara kecilan namun rusuhan dapat dikawal apabila pasukan FRU mengeluarkan gas pemedih mata.Perintah berkurang 24jam diumumkan di radio dan television akan ditarik balik di pelbagai kawasan secara berperingkat mengikut waktu-waktu tertentu bagi membolehkan penduduk keluar membeli makanan.Pihak pois telah mengerahkan semua anggotanya bertugas dan menyerahkan tugas mengawal bahagian utara bahagian utara bandaraya kepada pihak tentera.
Polis berkata 44 orang terbunuh dan 150 lagi cedera pada malam sebelumnya. Satu lagi laporan menunjukkan kebanyakan mangsanya adalah orang Cina dan ia menyatakan sekurang-kurangnya 66 daripada 77 mayat di hospital Kuala Lumpur adalah orang Cina. kebanyakan mayat orang yang terkorban diangkut oleh pihak PDRM menggunakan lori ke Balai Polis Travers. Kebanyakan mayat dalam keadaan yang tidak sempurna.
15 Mei
Yang di-Pertuan Agong mengisytiharkan darurat. Majlis Gerakan Negara yang diketuai oleh Tun Razak ditubuhkan. Tun Razak masih bertanggungjawab kepada Tunku, tetapi semua kuasa di bawah Peraturan Darurat diletakkan dalam tangannya.Perintah berkurung itu ditarik balik buat sementara di Kuala Lumpur pagi itu tetapi keadaan kembali buruk dan berlaku banyak pergaduhan di sana sini. Perintah berkurung dikuatkuasakan semula tetapi bekalan makanan makin berkurangan.Penerbitan akhbar-akhbar tempatan telah digantung sehingga peraturan penapisan digubal tetapi tiada usaha diambil untuk menyelia laporan-laporan yang dihantar keluar oleh wartawan asing.
Sepanjang tempoh darurat, Mageran iaitu majlis gerakan negara yang diketuai oleh Timbalan Perdana Menteri Tun Abdul Razak sebagai pengarah mageran telah melakukan pelbagai tindakan untuk mencari punca dan penyelesaian agar tragedi tersebut tidak berulang. Antara tindakan yang diambil ialah membentuk satu rukun negara bagi meningkatkan kefahaman rakyat tentang perlembagaan negara. Turut dilakukan ialah melancarkan dasar ekonomi baru untuk menghapuskan pengenalan kaum dengan satu aktiviti ekonomi dan membasmi kemiskinan tegar dan membentuk Barisan Nasional yang bersifat sebagai sebuah kerajaan perpaduan.
#AMELIA1025



Tiada ulasan:
Catat Ulasan