PUNCA TRAGEDI 13 MEI


8)DASAR PECAH DAN PENJAJAH INGGERIS
   Hasil daripada kajian, kejadian ini disebabkan oleh dasar “pecah dan perintah” yang diamalkan oleh British yang mengaitkannya dengan beberapa faktor. Dasar penjajah Inggeris yang mengamalkan konsep pecah dan perintah merupakan satu tindakan yang berkesan dan telah menjadi punca wujudnya jurang antara kaum sama ada dari sudut ekonomi dan juga polarisasi kaum. Umpamanya orang-orang Cina tinggal di bandar-bandar menjalankan perniagaan dan juga di kawasan-kawasan lombong sebagai pelombong dan merekalah sebenarnya memiliki aset yang tinggi dalam ekonomi masyarakat Malaysia. Sementara orang-orang Melayu tinggal di luar bandar sebagai petani atau nelayan kecil. Kaum India kebanyakannya pula sebagai buruh kasar kerajaan dan pekerja di ladang. Pada hakikatnya kegiatan ekonomi orang-orang Melayu dan India adalah bercorak sara diri. Keadaaan ini menyebabkan kedudukan ekonomi masyarakat bumiputera khususnya Melayu menjadi lemah dan ketinggalan. Corak penglibatan ekonomi antara kaum dalam kegiatan ekonomi yang berbeza telah menjadikan kedudukan sosio-ekonomi mereka tidak seimbang. Dasar ini dilakukan oleh British untuk mengelakkan perpaduan antara pelbagai kaum yang dikhuatiri akan mengancam kedudukan mereka. Masyarakat melayu terdiri dari petani dan nelayan di kampung, masyarakat cina pula telah mewarisi perniagaan secara turun temurun dan tinggal di bandar manakala masyarakat india bekerja sebagai penoreh dan tinggal di estet. Dasar ini telah berjaya direalisasikan bagi mewujudkan kelompok-kelompok etnik yang berdasarkan kegiatan ekonomi yang tinggal dalam kelompok masing-masing. Kesannya, interaksi antara kaum hanya terbatas di pejabat dan pasar sahaja. Ini melahirkan perasaan prasangka antara kaum yang telah mengapi-apikan lagi tercetusnya sentimen 13 Mei 1969. Suasana yang seperti ini menyebabkan hubungan masyarakat antara kaum di negara ini menjadi terbatas. Di sisi penjajah keadaan seumpama ini amat baik baginya untuk mengukuhkan kedudukannya serta mengekalkan kuasa mereka. Suasana yang tidak seimbang ini telah berlanjutan sekalipun negara telah mencapai kemerdekaan . Bahkan suasana sosio-ekonomi yang tidak seimbang itu semakin melebar akibat daripada penekanan yang berlebihan terhadap pertumbuhan ekonomi tanpa menghiraukan ketidakseimbangan sosio-ekonomi dalam masyarakat Malaysia. Perkembangan rumit yang melibatkan kelas dan kaum ini akhirnya telah 201019 membawa kepada meletusnya peristiwa 13 Mei 1969. Kerajaan yang sedar akan keresahan dan perasaan tidak puas hati yang berlaku antara kaum tidak seyharusnya dibiarkan. Berikutan inilah lahirnya Dasar Ekonomi Baru (DEB) yang dilancarkan pada tahun 1971 sebagai usaha untuk memulihkan keadaan. Latar belakang pendidikan yang berbeza juga telah dikaitkan sebagai punca yang membawa kepada meletusnya peristiwa 13 Mei.





#SARAH1005

2 ulasan:

  1. Ooo,baru tahu...hebat2,berjaya membuka minda sya👍👍👍

    BalasPadam
  2. Wahhh saya dapat menambah lagi pengetahuan saya 🌻

    BalasPadam

PENGAJARAN & KESIMPULAN

Pengajaran daripada peristiwa ini: Pengajaran yang boleh diambil ialah amalan politik perkauman yang sempit,sangat tidak berbaloi jika diban...