PUNCA TRAGEDI 13 MEI

4)LATAR BELAKANG PENDIDIKAN YANG BERBEZA
   Latar belakang pendidikan yang berbeza juga menyebabkan tercetusnya peristiwa 13 Mei. Hal ini berlaku apabila sistem pendidikan yang wujud di Tanah Melayu sebelum merdeka terbahagi kepada empat aliran mengikut kaum iaitu Melayu, Cina, India dan inggeris. Aliran ini mempunyai kurikulum yang tersendiri. Sekolah Melayu menekankan kemahiran menulis,membaca dan mengira hanya sekadar keperluan peringkat rendah sahaja. Manakala Sekolah Cina dan India mengikut negeri asal mereka dan buku-buku teks serta guru-guru yang mengajar juga dibawa dari Negara China dan Negara India. Situasi ini telah mengukuhkan lagi keperibadian etnik yang telah sedia ada. Sekolah Inggeris hanya dapat dinikmati oleh orang cina dan india yang tinggal di bandar sahaja. Sebelum Malaysia memiliki sistem pendidikan Nasional, telah wujud empat aliran pendidikan yang berbeza iaitu aliran inggeris,melayu,cina dan india yang mengambil silibus pembelajaran yang berbeza dan menyebabkan ketidakseragaman bahasa, identiti dan kefahaman. Juga telah menyebabkan timbulnya pelbagai masalah yang memberi impak buruk dalam pembentukan kaum di Malaysia. Selepas kemerdekaan, pihak kerajaan telah mencuba untuk memperkenalkan dasar-dasar pendidikan baru dengan bertujuan menyelaraskan namun proses perpaduan ini sukar untuk dilakukan. Dasar Pelajaran 1957 telah dikecam oleh pihak cina,india dan inggeris kerana mereka merasakan bahawa langkah tersebut terlalu mengutamakan Bahasa Melayu, namum Kesatuan Guru-guru Melayu Semenanjung (KPGMS) pula tidak berpuas hati dengan pelaksanaannya. Mereka berasa kecewa dengan sikap kerajaan yang tidak menubuhkan sekolah menengah dan universiti yang menggunakan Bahasa Melayu sebagai bahasa pegantar pada awal 1958 seperti yang telah dirancangkan. Bagaimanapun berkat perjuangan beberapa orang tokoh seperti Tuan Syed Nasir Bin Ismail, sebagai pengerusi dan Dr. Mahathir Mohamad, sebagai naib pengerusi termasuk juga antaranya dua orang tokoh UMNO iaitu Tun Razak Bin Hussain dan Dato' Dr. Ismail Bin Abdul Rahman.







 Pada akhirnya, gagasan Universiti Kebangsaan dapat sokongan UMNO dan kerajaan perikatan dan berjaya ditubuhkan pada 18 Mei 1970.Namun penubuhan Universiti Kebangsaan ini telah mendapat respon yang kurang menyenangkan daripada kaum cina dan mereka telah mengemukankan permohonan untuk menubuhkan Universiti Merdeka. Disebabkan pilihan raya pada tahun 1969 sudah hampir maka pihak MCA mendakwa bahawa sekiranya projek Universiti Merdeka tidak mendapat sokongan maka kebanyakkan pengundi cina akan menolak mereka dalam pilihan raya itu. Oleh itu, kerajaan menyelesaikan masalah itu dengan memberi kebenaran kepada MCA untuk menubuhkan Kolej Tunku Abdul Rahman (KTAR). KTARmenggunakan Bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantar. Hakikatnya pihak kerajaan cuba sedaya upaya untuk bertolak ansur demi menjaga keharmonian masyarakat Malaysia.

#DIYANAH1034

1 ulasan:

PENGAJARAN & KESIMPULAN

Pengajaran daripada peristiwa ini: Pengajaran yang boleh diambil ialah amalan politik perkauman yang sempit,sangat tidak berbaloi jika diban...