Pengajaran yang boleh diambil ialah amalan politik perkauman yang sempit,sangat tidak berbaloi jika dibandingkan dengan kepentingan perpaduan antara kaum.Tragedi 13 Mei ini membuatkan kita sedar betapa tindakan para pemimpin politik yang mengapi-apikan antara kaum cukuo berbahaya untuk masyarakat majmuk negara ini.Apa yang dirisaukan ialah amalan ini masih berlarutan sehingga kini.Masih ada segelintir pemimpin politik yang mengamalkan politik perkauman sekali gus mencetuskan perbalahan dalam kalangan masyarakat. Dari persepsis ini kita dapat mengatahui bahawa kelompok ini mengabaikan kepentingan rakyat dan negara.Oleh itu,masyarakat haruslah maju ke hadapan sebagai sebuah negara yang bersatu padu dengan mengambil iktibar daripada peristiwa ini serta menghentikan amalan politik perkauman yang jelas mengancam perpaduan rakyat dan keselamatan negara.
Seterusnya,Anggota masyarakat juga perlu sentiasa beringat agar jangan sesekali menyentuh isu-isu sensitif dan mempertikai hak setiap kaum terutamanya hak keistimewaan orang Melayu seperti terkandung dalam Perlembagaan Persekutuan. Perlembagaan dengan jelas memperincikan hak setiap kaum jadi jangan sewenang-wenangnya kita mempersoal apa yang telah dipersetujui oleh para pengasas negara ini. Misalnya, tindakan sesetengah pihak yang secara berterusan dan terang-terangan mempertikai hak keistimewaan orang Melayu, kedudukan agama Islam dan bahasa Melayu serta Raja-raja Melayu tidak sepatutnya berlaku lagi. Sedarlah tindakan seperti ini boleh mencetuskan perbalahan antara kaum. Oleh itu,setiap kaum yang tinggal di negara ini perlu menghormati kedudukan istimewa kaum melayu dan mewujudkan suasana yang harmoni dikalangan masyarakat.
Kesan pendudukan jepun di tanah melayu merupakan salah satu faktro yang turut menyumbang kepada peristiwa 13 Mei.Selain itu,kesan peninggalan penjajah inggeris juga boleh dilihat sebgai punca kepda peristiwa tersebut.Amalan diskriminasi oleh inggeris telah banyak merenggangkan lagi hubungan antara kaum di tanah melayu.Dari sudut ekomoni,golongan bumiputera banyak menerima kesan kerana kebanyakkan golongan mereka tinggal diluar bandar dan berpendapatan rendah.Untuk mengatasi masalah ini,dasar pragmatik yang diberi nama dasar ekonomi baru(DEB) telah digubal oleh kerajaan.dasar ini merupakan satu dasar jangka panjang untuk membasmi kemiskinan.
Peristiwa 13 Mei,yang berlaku pada hari ini adalah satu pengajran bagi seluruh rakyat di negara ini supaya saling hormat-menghormati dan sentiasa bertolak ansur demi menjamin keamanan dan kesejahteraan.Generasi hari ini perlu ambil iktibar betapa pentingnya aspek persefahaman,penerimaan, pengorbanan dan tolak ansur yang menjadi asas kepada pencapaian kemerdekaan pada tahun 1957.
KESIMPULAN PERISTIWA INI:
Perpaduan kaum adalah matlamat penting yang ingin dicapai oleh semua negara termasuk malaysia.Perkara ini amat penting kerana tanpa perpaduan sesebuah negara akan menjadi lemah,sukar untuk dibangunkan dan mudah diancam oleh kuasa luar ataupun pergolakan dalaman negara sendiri.Peristiwa 13 Mei 1996 bukan sahaja dicatat sebgai sejarah pertelingkahan kaum yang menggariskan sempadan harus diteliti dan dipelihara oleh semua pihak malah turut memaparkan rahsia pembinaan negarabangsa melalui pelbagai bidang.
Tragedi ini telah menyedarkan semua rakyat betapa pentingnya perpaduan jika ingin mengecapi kehidupan aman dan damai dengan menghindara segala sifat yang akan mengeruhkan hubungan antara kaum.Melalui peristiwa ini kerajaan telah memperkenalkan beberapa dasar bagi memulihkan sistem ekomoni dan perpaduan dalam negara.Akhir kata,diharapkan peristiwa ini tidak berulang kembali dan rakyat perlulah berganding bahu untuk mengekalkan keharmonian di negara ini melaui perpaduan yang erat.











